Sabtu, 22 Mac 2014

Pengenalan

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Saya adalah seorang mama yang amat menyokong penyusuan susu ibu. Bagi menjayakan penyusuan susu ibu, pakaian adalah salah satu elemen yang amat penting. Sebab utamanya adalah untuk menjamin keselesaan & keseronokan dalam menyusukan bayi. Pakaian menyusu memudahkan penyusuan. Tidak memerlukan 'nursing cover', hanya labuhkan tudung atau selendang. Namun bagi yang tidak bertudung, perlulah menggunakan 'nursing cover' untuk lebih keselesaan. Sebagai seorang yang amat mementingkan 'direct feeding' ketika bersama bayi, saya memerlukan baju menyusu yang banyak. Saya pasti kebanyakan ibu-ibu di luar sana juga seperti saya. Tidak rugi jika membeli baju menyusu yang boleh dipakai berulang kali sehingga anak kedua, ketiga dan seterusnya.

Jadi, di sini kami menyediakan perkhidmatan menjual pakaian menyusu termasuk baju kurung menyusu, jubah menyusu & blouse menyusu. Kami juga mengambil tempahan pakaian menyusu seperti yang kami sediakan.

Hanya email kami di azeramya@gmail.com untuk sebarang pertanyaan, pembelian @ tempahan.

AZERAMYA-TEMAN PENYUSUAN ANDA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan